Pages

Wednesday, November 16, 2011

PACK ! (+_+')

Jadual PI0052E

MONDAY
8:00 - 9:50
LAW087
KTN.B.KULIAH 1

  11:00 - 12:50
 LAW037
KTN.B.KULIAH 2


2:10 – 3:00
LAW088
KTN.B.KULIAH 1

4:10 – 7:00
BEL332
KTN ROOM 4
 
TUESDAY
10:00 – 10:50
LAW037
KTN.B.KULIAH 1


1:00 – 3:00
ECO099
KTN.B.KULIAH 3

4:10 – 6:00
CTU082
KTN LIB 2

7:10 – 10:00
BEL342
KTN ROOM 3

WEDNESDAY

12:00 – 12:50
ECO099
KTN ROOM 1

4:10 – 6:00
 LAW039
KTN.B.KULIAH 3

THURSDAY
10:00 – 12:50
BEL332
KTN ROOM 2

3:10 – 5:00
LAW088
KTN.B.KULIAH 3

7:10 – 10:00
BEL342
KTN ROOM 3

FRIDAY
11:00 – 11:50
LAW087
KTN ROOM 3

3:10 – 4:00
LAW037
KTN.B.KULIAH 3

4.00-?????
NAIK BAS
RUMAHKU SYURGAKU....hehe..:)


---------------------------------------------
ni yg kene serbu farmasi..guardian.. dapatkan supplement untuk ade energy n tahan ngantok  nih!!!..
kls sampai mlm dan sgt pack..adoiiiiiaiii... (=_= ')
Sunday, November 13, 2011

:) (^_^) (>_~) (:


so sweeeettttt......sweet kan gamba ni??? (^_~)
First skali saye nak bagitau disini yg entry ni saye copy n paste dari blog AMALAN HARIAN yg  membenarkan sesape saje untuk meng"share" dan amalkan apa saja artikel yg ade tulis disitu...memandangkan saye x pandai nak menulis nulis hal2 yg berkaitan dengan agama or motivasi2 ni cukuplah sekadar saye sharekan ape yg ditulis di blog tu....So,sesape yg nak ke blog amalan harian tu boleh terus tekan tulisan yg warne ungu tu ye.....blog tu banyak artikel2 yg best2 tau untuk dibace,dikongsi dan diamal...(^_^)

Bile bace artikel ni tetibe teringat kata2 lecturer subjek law saye yg berbunyi lebih kurang begini......
Zaman sekarang ni mustahillah kalo awk nak bercinta selepas kawin(that's mean x kenal langsunglah dgn pasangan yg kite nak kawin tu)....sebab ape tau....sebab awk sume mestila kena kenal bakal husband or wife awk tu dulu...dibuatnye kalo awk bercinta n kenal dengan die selepas kawin.... Skali, laki awk or wife awk tu rupenye kaki pukul....physcho...n so on...So,tak kenal maka x cinta...nak tak nak kene kenal jugak before kahwin...kene bercinte jugak...(+_+)(sume org ade pandangan masing2...ni kata2 yg lecturer saye cakap dan diolah semule oleh saye)...mane ingat sebiji sebotol ape yg lecturer cakap...(>..<) N sebenarnye panjang lgi yg lecturer saye cakap pi saye da lupe......
------------------------------------------------------
Tak kenal maka tak cinta, Tak cinta, macamana nak kawin? So kena 'berdating', bila berdating boleh tanya khabar, kenal mesra dan lain-lain. Pastu bertunang, then kawinlah Ustaz kata 'berdating haram'. Jadi macamana sebenarnya?

Mari kita lihat tulisan seorang ustaz, saya kira menarik juga tulisannya,"BERDATING CARA ISLAM = ISLAMIC DATING. Baca dan fahami betul-betul.

Hari ini sudah terlalu ramai yang berdating. Ramai yang belum bertunang sudah keluar dating. Ada juga yang keluar berdating semasa bertunang. Hubungan sebagai pasangan kekasih dan hubungan pertunangan tidak sama dengan perkahwinan. Pertunangan tidak menghalalkan apa-apa hubungan. Ia sekadar perjanjian untuk mereka berkahwin sahaja. Ramai juga yang kurang faham konsep pertunangan ini atau buat-buat tak faham. Mereka melancong ke sana-sini berdua-duaan, menunaikan umrah bersama tanpa ditemani mahram dan sebagainya.

Dating dengan makna dan gambaran yang wujud pada hari ini seperti berdua-duaan, berpegang tangan, menonton wayang bersama, si gadis membonceng motosikal tunangnya dan sebagainya adalah dating yang menyalahi hukum agama.

Tetapi Islam bukanlah agama jumud/beku. Ia membenarkan pertemuan yang baik dan harmoni dengan syarat-syarat tertentu.

Antaranya :

1) Menjaga pandangan mata
2) Percakapan yang baik2
3) Pakaian yang menutup aurat dan sopan
4) Tempat pertemuan yang tidak menimbulkan fitnah

Menjaga pandangan mata
1. Ketika berbual, pandangan mata hendaklah dijaga agar tidak memandang dengan nafsu syahwat. Pandangan mata adalah satu senjata sulit Iblis dan Syaitan bagi merosakkan anak Adam. Oleh kerana itu, Quran menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan.
Firman Allah :قُلْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوْا مِنْ أَبْصَارِهِمْ ... وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ“ Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menahan pandangan mereka… dan katakanlah kepada wanita beriman agar mereka menahan pandangan mereka…” (Surah an-Nur :30-31).
2. Tidak melihat aurat orang lain atau berusaha melakukannya. Jika terpandang aurat, maka hendaklah cepat-cepat mengubah pandangan mata.

Percakapan yang baik

1. Suara yang lunak dan menggoda akan menarik antara satu sama lain ke arah melakukan maksiat. Oleh itu, dalam aspek bercakap, Islam membenarkan lelaki dan wanita berkomunikasi antara satu sama lain dengan syarat percakapan itu tidak menggoda.
Quran menyebut syarat ini dalam wahyu :فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِيْ فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَعْرُوْفًا “Maka janganlah kamu kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan berkatalah akan perkataan yang baik”. (al-Ahzab : 32).
2. Tajuk perbualan hendaklah tajuk yang serius atau agak serius. Tidak wajar untuk berbicara tentang perkara-perkara lucah, tentang anggota seksual sendiri dan seumpamanya. Mungkin tidak wajar juga berbual perkara-perkara yang remeh-temeh seperti pertanyaan tentang mandi, makanan, masakan hari ini dan sebagainya.

3. Tidak mengandungi unsur-unsur mengumpat, menghina orang lain, mencerca dan sebagainya.

Ciri pakaian yang menutup aurat

1. Pakaian mestilah pakaian yang menutup aurat.

2. Aurat wanita ketika bertemu lelaki ajnabi (bukan mahram iaitu lelaki yang boleh menjadi suaminya) ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan. Pergelangan kaki juga dikira sebagai aurat. Ada sebahagian ulama berpendapat ia tidak aurat. Oleh itu adalah baik jika wanita memakai stoking. Pakaian yang elok dipakai adalah baju kurung dan tudung kepala.

3. Pakaian juga mestilah tidak nipis sehingga menampakkan kulit seseorang pemakainya.

4. Pakaian juga mestilah tidak ketat hingga menampakkan bentuk tubuh seseorang pemakainya. Kebiasaannya seluar jeans adalah seluar yang ketat. Baju kebaya juga biasanya dibuat daripada kain yang nipis dan ketat. Namun jika baju kebaya dibuat dengan kain yang tidak nipis dan tidak ketat, maka ia boleh dipakai.Ada sesetengan remaja wanita suka memakai seluar. Ini tidaklah menjadi kesalahan dalam agama selagi ia tidak nipis dan tidak ketat serta menutup aurat.

5.Tudung kepala hendaklah menutup rambut dan tengkuk/leher. Pemakaian skaf untuk tudung kepala adalah tidak sempurna kerana masih nampak leher. Tudung juga hendaklah labuh agar menutup bahagian depan dada wanita.

Firman Allah :وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوْبِهِنَّ“dan hendaklah mereka menutup kain kerudung mereka ke dadanya” (Surah an-Nur :31).
Fesyen tudung seperti tudung labuh, tudung tiga segi, tudung ‘wardina’, tudung bawal, tudung ‘mawi’ dan sebagainya adalah baik selagi ia menutup aurat.

6. Fesyen pakaian hari ini seperti menampakkan pusat, ketat dan sebagainya adalah jelas haram.

7. Pakaian wanita tidaklah menyerupai pakaian lelaki dan pakaian lelaki tidaklah menyerupai pakaian wanita. Hadis menyebut bahawa rasulullah saw bersabda :لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لبْسَةَ الْـمَرْأَةِ ، وَالْـمَرْأَةَ تَلْبَسُ لبْسَةَ الرَّجُلِ .“Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud). Tiru ini termasuk dalam banyak aspek. Antaranya aspek pakaian. Islam bukan anti-fesyen bahkan Islam mengalu-alukan setiap fesyen yang baik. Islam anti-dedah aurat dalam berfesyen.

Tempat pertemuan

1. Jauhi tempat-tempat yang banyak hiburan, maksiat dan fitnah. Disko, bar, kelab malam (dalam pengertian sekarang) adalah tempat yang tidak wajar dikunjungi oleh setiap muslim.

2. Tempat yang sunyi dan jarang dikunjungi orang adalah tempat yang tidak sesuai untuk bertemu. Pertemuan di kelas-kelas yang terpencil pada waktu petang mesti dielakkan.

3. Alangkah elok jika tempat bertemu itu tempat yang terbuka seperti restoran, kedai makan, pejabat, bank dan sebagainya. Dalam hadis diceritakan bahawa seorang wanita Ansar datang kepada Nabi s.a.w. maka Nabi pun bersunyian dengan wanita tersebut. (Mafhum HR Bukhari). Ada riwayat menyebut bahawa bersama wanita tersebut seorang budak lelaki. Maksud ‘bersunyian’ dalam hadis bukan bermakna Nabi s.a.w. bersama dengan wanita itu di tempat tertutup. Maksudnya ialah Nabi bercakap dengan wanita tersebut di tempat yang jauh sedikit daripada orang lain sehingga mereka tidak mendengar perbualan Nabi, tetapi orang ramai masih melihat Nabi dan wanita Ansar tersebut.

Adat yang berlaku dewasa ini di mana seseorang bersama tunangnya ke sana-ke mari adalah adat yang bertentangan dengan Islam. Sabda Nabi s.a.w. : “Tidak boleh bersunyi-sunyian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan ada mahramnya”. (Mafhum HR Bukhari).

Tujuan Islam adalah bagi menjaga agama dan maruah diri agar terhindar daripada fitnah. Jika pantang larang ini tidak dipatuhi, akan berlaku fitnah dan keburukan seperti khalwat, berdua-duaan dan zina.
Sebab itu, Nabi s.a.w. mewasiatkan tentang fitnah lelaki terhadap wanita dan fitnah wanita terhadap lelaki dengan sabdanya :مَا تَرَكْتُ بَعْدِيْ فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ“ Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih mudharat ke atas lelaki daripada wanita”. (Riwayat Bukhari).
selamat ber'dating' menurut hukum syarak . . . oleh Nidzam Kadir

-----------------------------------------------------------

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,bukanlah beerti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan"

Friday, November 11, 2011

(>..<)CANTIK TARIKH ARINI...:)

CANTIKKAN TARIKH HARI NI???
TAPI XDE APE YANG SPECIAL PUN TARIKH NI BUAT SAYE...
SPECIAL SEBAB ARI JUMAAT JE KOT....PENGHUJUNG SEGALE HARI....TU SUME ORANG TAU...

MESTI RAMAI YG JADIKAN TARIKH HARI NI UNTUK START COUPLE LA...APELA..KAN??...KAN??...SEBAB TARIKH NI CANTIKKAN???AGAKNYELAH....SEBAB KAWAN SAYE ADE YG CAMTU...PILIH TARIKH YG CANTIK NK START COUPLE....

SESAJE NAK UPDATE ARINI SUPAYE KAT BLOG NI ADE TARIKH YANG CANTIK NI...

------------------------------------------------


Mum,

You may be treated like the maid,
you may be treated like the gardner,
you may be treated like the daycare,
you may be treated like the chauffer,
you may be treated like many things.
But one thing is for sure,
You will always be loved.
For a fathers work may be from sun up till sundown,
but a mothers work is never down.
And all that I have, am, and hope to be, I owe to you,
So this is for all the times I forgot to say THANK YOU!!

----------------------------------------------------

Best love message i've ever heard.."I BELIEVE IN LOVE AT FIRST SIGHT"...
Because I'VE BEEN LOVING MY MOTHER SINCE I OPENED MY EYES....



-----------------------------------------------------

M-O-T-H-E-R
"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold;
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be,
Put them all together, they spell "MOTHER,"
A word that means the world to me.

#saye bosan...x tau nak tulis ape#






Thursday, November 10, 2011

MOGA SEM 2 LEBIH BAIK DARI SEM 1 :)

Tinggal beberapa hari je lagi da nak MUET,da nak naik cuti bagi sume warge UITM DI HATIKU..hehe...:)
At first rase bersemangat gileerrrrr nak naik sem 2 ni...
nak blaja...
nak jumpe kengkawan sume....
nak jalan2 kat ECM.....
Tapi....tetibe semangat tu berkurang pulak..
bile tengok subjek yang bakal nak dipelajari Sem 2 nanti......
cam susah je...:(
x pelah masih awal lagi nak cakap susah ke senang...pi tetap dalam pikiran ni...cam susah je...
harap xlah....:)

BEL 332-English For Pre-Degree Law I
BEL 342-English For Pre-Degree Law II
CTU 082-Islamic Education Studies II
ECO 099-Introduction to Economics
LAW 037-Introduction to Law II
LAW 039-Introduction to Social Physchology and Criminalogy
LAW 087-Introduction to Law III
LAW 088-Contemporary Global and Legal Issues

Saye harap semoga saye tak pengsan...tak fening-fening kefale dgn subjek2 diatas...
dan terus berusaha belajar....belajar..dan terus belajar.... AMIN.......:)


Wednesday, November 2, 2011

Bulan Zulhijjah...... :)

Kelebihan 10 Hari-hari Pertama Zulhijjah

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?


 Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Amalan yang dianjurkan padanya:

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.


Ok...sekian terima kasih...terima kasih sudi bace!!! :)

*Jomlah kita sama2 buat amalan yang disebut diatas walaupun x semua kita mampu lakukan....-contohnya zikir..doa..baca Al-Quran..mudahkan?? :)