Salam korunk..(cam manyak readers je) Semalam ngah duduk2..belek2lah kejap majalah NUR..erm.pastu terjumpe lah satu ruangan kaunseling yg dikendalikan oleh Dr.HM Tuah...ade satu pembace ni share pasal die punye experience..best jugak tau experience die..n maybe korunk pun pernah alami... meh sini bace citer ni...
Saya ada satu kisah yg kadang2 membutakan saya tersenyum padahal hati saya sakit. Saya kongsikan di ruangan tuan untuk memberi peringatan kepada orang lain tentang hati manusia. Walaupun mereka di depan kita berwajah manis tetapi tidak semestinya mereka juga berhati baik di belakang kita. Inilah yg saya baru pelajari dlm idup.. Moga2 anda yg membaca kisah ini dapat mengambil iktibar dan Dr. yg memberi komen semakin melegakan hati saya.
Saya bekerja di salah sebuah jabatan kerajaan,jawatan biasa2 saja. Sebagai pegawai bawahan sudah tentu saya ada ramai kawan,maklumlah satu bahagian saja hampir 30 org. Kebetulan bhgian saya ini hanya ada 2 org lelaki. Jadi anda boleh bayangkan betapa gamatnya keadaan kami dan apa yg selalu kami bualkan. 2 org lelaki di bhgian kami itu selalu kena buli.
Oleh kerana telah lama bekerja dan suasana bekerja juga meriah,kami semua mnjadi sgt rapat. Di kalangan mereka ada dua tiga org yg saya lebih rapat. Saya anggap mereka macam ahli keluarga sebab semuanya kami kongsi bersama.
Cuma satu saja yg saya tidak kongsikan iaitu perasaan saya terhadap seseorang ,iaitu salah seorang lelaki di bahagian kami itu. Tetapi entah macam mana ada pula yg terperasan lalu selalulah kami diusik2.
Satu hari dia yg lebih rapat dengan saya bertanya empat mata dengan saya tentang hal berkenaan. Oleh kerana percayakannya,saya akuilah bahawa saya memang menaruh hati pada lelaki berkenaan tetapi lelaki itu tidak tahu.
Satu hari, di surau tempat kami, saya berasa malas lalu baring di balik cadar. Tidak lama kemudian sekumpulan wanita masuk dan mereka bising sekali. Macam2 cerita yg mereka ceritakan. Di balik cadar itu saya tersenyum apabila ada yg lucu. Tiba2 saya dengar ayat ini, "Kau tahu si Leha tu ada hati kat Nasim?" Jelas suara yg saya kenal sangat.
"Iya ke?" tanya seseorang.
"Iya. Dia sendiri cakap kat aku. Tapi Nasim tak tahu pun. Kes syok sendiri. Dia kan rapat dengan aku. Mula2 dia tak mengaku tapi bila aku godek gitu gini dia mengaku."
Kemudian kedengaran ketawa berdekah2.Saya yg terkejut serta takut lebih banyak keburukan saya diceritakan segera keluar. Mereka semua terkejut macam nampak hantu. Sungguh saya tidak sangka, org yg paling saya percayai telah khianati saya. Nampaknya tiada siapa lagi yg boleh saya percayai. Sekarang, saya serahkan kepada anda para pembaca untuk menyemak keadaan di tempat anda sendiri. Hati2lah, sebab manusia memang pandai berlakon. Di hadapan kita seolah2 dunia ini hanya ada kita,tetapi di belakang kita, kitalah bahan cerca. Kepada Dr. Tuah, silalah berikan komen tuan. Terima kasih....
![]() |
| Agak2..ade x rupe wajah org yg bertopeng tu macam gini...kalolah macam gini,aku sukeee sebab comel sangat...heheee |
Betulkan kate penghantar cerite ini...but x semue yg macam tu kan... dlm banyak2 yg bertopeng mesti masih ade ramai lagi yg betul2 jujur yg boleh simpan rahsie kite...k, tu je yg nak ditulis arini.. :) thanx yg sudi bace yer.....

0 comments:
Post a Comment