Pages

Tuesday, October 18, 2011

SEKADAR COPY & PASTE DI FB..... :)

Baca2 citer nih...sedih betul...mengalir air mate bila baca kisah ni..   :'(

KISAH BENAR...suami yang myesal..

Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakan kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya
Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.
Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.
Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever...
by richard mar
 
Tuesday, October 11, 2011

BILA ALLAH MENDUGA KITA...

nampak x kat tepi tu ade tulis..MUST READ?? so kena baca tau buku ni...rugi kalo x bace..

Kebetulan hari Sabtu yang lepas saya dan ma saya ke Harris(kedai buku) untuk bace2 buku sementara tunggu ayah dan adik menonton wayang..tiba2 mak saya tunjukkan sebuah buku..tu buku yang kat atas tu...saya malas la pulak nak tulis panjang2....buku ni adelah berkait jugak dengan kisah hidup kami sekeluarga masa kami sekeluarga hadapi masalah yg sgt besar n menensionkn kepale....kalau boleh saye nak lenyapkan je semua peristiwa perit dan pahit yg pernah saya sekeluarga alami...cukuplah saye menangis hampir setiap hari..cukuplah saye bersikap keluh kesah dengan keadaan yg saye sekeluarga hadapi time tu..n cukuplah segale bnde yg memeritkan....Alhamdulillah saya bersyukur sekurang kurangnya Allah turunkan ujian sebegitu pada keluarga saya jadikan keluarga saya bertambah kuat dan erat dan saya dapat lihat segala hikmah yg berlaku atas segala ujian yg Allah turunkn pada family..Dan sekarang saya bersyukur sangat kerana mungkin dulu Allah uji keluarga saya dengan hilangnya bende2 duniawi dan sekarang Allah gantikan dengan perkara yg lebih baik dari yg dulu mungkin bukan dari segi harta bnda.....tapi sebuah hubungan n kebahagiaan yg saye x dapat beli dengan wang ringgit.. .semua orang ade ujian masing2 kn??Melalui masalah yg saya sekeluarga hadapi,dari situ saya belajar yg sepatutnya kita perlu bersyukur apa yang masih kita miliki bukannya merintih dan terus merintih dengan apa yg telah diambil atau diuji oleh Allah  s.w.t..(tapi inilah yg saye buat masa hadapi masalah dulu).Saya bukanlah pandai dan bijak nak bercakap tentang  agama tapi saya sekadar coretkan apa yg saya alami dan tahu..Belajarlah menghargai sesuatu yg kita masih ada sebelum kita kehilangannya..dan janganlah sesekali anggap bnde yg kite suke tu yg terbaik buat diri kita..kadang2 bnde yg sebaliknya adalah baik untuk diri kita cuma kita je yg tak tahu...dalam surah Al baqarah ayat 216 pun ada sebut "Di wajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalah sesuatu yg kamu benci.Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal dia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Saya andaikan disini seperti kita hadapi dugaan yg sgt besar.Dan sudah tentulah siapa suke dilanda dugaan yg besarkn??...tapi sebenarnye dugaan tulah yg terbaik buat diri kita..mungkin sebelum ni kita leka dan lupa mensyukuri segala nikmat yg Allah beri..dan sudah tentulah Allah lebih mengetahui segalanya...dan akhirnya barulah kita sedar yg rupanya dugaan tersebut ada hikmah yg tersendiri...dan melalui dugaan itu terbit kebahagiaan yg lebih besar berbanding keadaan yg sebelumnya..Oleh itu,saya syorkan anda baca buku ini...sebab buku ni akan mengajak kita bersabar dengan dugaan yg kita hadapi dan macam-macam lagi....harga buku ni pun berpatutan Rm 19.90 je...sekian terima kasih~~

Jalan menuju kebahagian itu,tidak ditaburi bunga mawar yang harum,melainkan penuh duri dan pahit,Kadang kala Allah sembunyikan matahari,DIA datangkan petir dan kilat,Kita menangis dan bertanya-tanya,ke mana hilangnya matahari,Rupanya Allah hendak memberikan kita pelangi,maka Sentiasa berbaik sangka pada Allah. :)







Thursday, October 6, 2011

TAMAT SUDAH SEMESTER 1...

Alhamdulillah pejam celik,pejam celik dah habis da pun semester 1 bergelar mahasiswi di Uitm Kuantan Pahang...terlalu banyak kenangan sepanjang sem 1 ni...yang paling banyaknye ofc la kenangan bersame housemate...jeng..jeng..jeng..tgk gamba da cukupla nak ceritakan segalanyer...Ha..kat sini saye nk ucapkan berbanyak-banyak terime kasih kepada housemate saye yg tercinta dan classmate saye yg budiman....kalau tanpe korang sume mesti hidup saye kat uitm tu x berape nak ceria...Terima kasih ye korang..:) DINA,ZAZA... SYIRA,AMY,BIHA,SYAZA,YUS,DALILAH,MAYN,SUE,ELYS,SHIPA,TENGKU,BELLA,FAIZAH,SAM, THANK U 4 EVERYTHING N UR KINDNESS... <3 sayang korang semua....:)
beli sushi bersama2..(ala2 jepun gitu)
ohh ni pula adalah rutin harian kami masuk ke fitting room sambil bawa baju untuk ditest..tapi hakikatnye kami rehat dan bergambar je kat dalam tu..:)
mecari-cari makanan yang sesuai untuk melantak...
dina..zaza..dan saya..

berbuke di pizza hut bersame2 sambil ulangkaji untuk test csc..:)

membeli belah juadah bersame untuk melantak di saat kebuluran....


berpiknik menghilangkan stress setelah penat jawab exam final...:)

Dalam van Pak Cik Rani yg banyak berjase kepada siswi dan siwa yg terlambat datang kelas...hehee :)

gembire bersame...:)

sampai ke tempat piknik...TELUK CHEMPEDAK.. <3

Bersama MOKKO JUNIOR..(kura2 peliharaan kami serumah)..:)

pandang camera...(>_<)

start memandi mande..:)

PEACE...(^_^)

bergamba lagi...(@_@)

lagi dan lagi...:)

shira,shipa,dals,amy.... <3

yeahhh main tanam2 orang.. (:

memang seronok main tanam2 ni..:)

dals,mayn,shipa,elys,shira,amy...<3

sekali lagi...shira,amy,dals,mayn,shipa,elys...:)

lagi sekali.....<3

main MOKKO JUNIOR pulak...:)

miss all moment..:)

A206...<3 pi ade yg takde disini...

ade lagi....kitorang buke di padang bersame2...(bieha,syira dan saye..)

ehh,ade lagi...kitorang makan ais krim bersame2..haha..tu pun nak cakap kn??

lagi2..ape lagi yg kitorang wat same2....masak steambot ala2 johnny's gitu...hahaa..(diketuai oleh chef biha)

hantar housemate ke terminal bas untuk pulang ke kg halaman...hahaa...

study bersame2 sampai tido pun entah ke mana2...bersepah2 tdo dilantai...:)



-----------------------------------------------sekian,terime kasih-------------------------------------------

*maaf bagi mane2 gamba yg saye x sempat masukkn... :)


























Sunday, September 4, 2011

MOIST CHOCLATE CAKE...

ready to eat....:)
si tukang rase...:)
masih dlm pembikinan..(>_<)


Mula-mula ingatkan sempat nak buat kek kukus ni untuk hari raya pertama.Tapi tak sempat pulak...so,buatlah pada hari raya ke-3.

Ni bahan-bahannya:

 2 cawan tepung gandum
 2 sudu kecil baking powder
 1/2 sudu kecil baking soda
 3/4 cawan minyak jagung (saya gune buttercup yg dicairkan je)
 1 cawan gula castor
 1 cawan air suam
 1/2 cawan susu pekat
 1 cawan serbuk koko (saye gune van hautten)
 3 biji telur
 beberapa titik esen vanila
 aluminium foil (tutup permukaan acuan supaya air pengukus x masuk ke dlm adunan)
 
Untuk topping:
1 bar coklat masakan (ikut suke pun boleh)
susu sejat f&n
sedikit butter cup
sedikit susu pekat manis(ikut sedap tekak korang)
choclate rice (untuk ditabur atas kek)

CARA-CARA:

1) Ayak tepung gandum bersama baking powder,baking soda dan serbuk koko. Sambil tu panaskan pengukus anda. (Ayak sekurang-kurangnya 3 kali untuk dapatkan adunan yg ringan dan kek yg lembut.

2) Gune mixer (saye gune blender je), pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula,pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3) Dalam mangkuk besar or apa-apa bekas,masukkan tepung yang sudah siap diayak tadi, sedikit demi sedikit berselang-seli dengan air suam ke dalam adunan yg telah diblender ataupun dimixer.Kemudian, masukkan esen vanila,susu pekat dan minyak jagung( saye gune buttercup yg telah dicairkan), kacau hingga sebati dan gunakan kaedah kaup balik.

4) Sapu acuan dengan mentega di permukaan dan ditepinya.Tuangkan adunan dan tutup acuan dengan aluminium foil.Saiz kek akan naik 2 kali ganda.So,pastikan anda guna loyang yg sesuai. Untuk adunan saye ni saye x berape ingat saiz loyang tu. Kukus selama 1 jam 30 minit. Peringatan: jangan gatal-gatal untuk membuka penutup pengukus tu sebab nanti kek x betul-betul masak.
Cara untuk anda pastikan kek masak: cucuk dengan lidi kalo takde yang melekat dijamin dah masak.

CARA-CARA UNTUK TOPPING:

Gune kaedah double boil.Masukkan coklat masakan, dan bila coklat sudah cair masukkan sedikit mentega,susu pekat manis dan susu sejat f&n.Yang ni buat ikut suke tau..Rase kalo nak banyak coklat ganache tu tambahlah banyak susu sejat tu...Bila kek dah sejuk curahkan coklat ganache ni ke atas kek dan taburkan choclate rice... Selamat mencube.. :)

 

 


Sunday, August 14, 2011

BERBUKE POSE DI PADANG MPK...:)



Ramai betul yang balik umah minggu ni...kitorang yang stay kat kampus ni terase omsick pulak...(nak buke pose ngan family)So,memandangkan yg lain epy2 berbuke kat umah masing2,kitorang pun ape lagi nak meng"happy"kan diri jugaklah berbuke bersame kengkawan..kat padang lagi tau!!!(ni kalo mak tau ni msti rase sayup2 je dengar anak die buke kat padang???)hahaa...don't worry mum..kat situ best tapi ramai sangat org je...Actually padang MPK yang popular bulan ramadhan yg mulia ni jauh dari kampus kitorang..so,memandangkan uitm sediekn transport..kitorang pun join jelah..kalo x,x kan punye buke pose kat situ...duit da kering nak bayar duit cab...n sebenarnye program buke pose kat situ untuk ahli2 peers...(kitorang bukan peers!!)tapi kitorang skati je join naik bas...sebab  bas still muat...hehee..kat padang ni memang feelinglah nak buke sebab depan masjid je n suasane die meriah...after buke boleh terus gi solat...:)So,untuk pertama kalinyer saye ade pengalaman berbuke di padang mpk kuantan yg popular bulan ramadhan tu!!!:)



MAYN,AMY,SYIRA...:)
MASJID BELAKANG TU JE!!!
SEMUA SIBUK DENGAN HAL MSG2...

SEE,RAMAI ORG KAN???





SETELAH PENAT BERBUKE..MASING2 X LARAT N TIDO...
OK YANG X BAGUSNYE...ADE YG BIARKAN SEPAH CAMTU JE SAMPAH DIORANG...
DAH SEDIE TONG SAMPAH PUN,NAK JUGAK BIARKAN KAT SITU...:(

cuti yang seronok habes!!!

makan2...
take photo n say cheeseeee!!(burger)
Ni sebenarnye cuti yg dah lame da pun...bulan 7 aritu..memandangkan semua uitm cuti..so,kitorang budak2 uitm ni kuar la hang out bersame...tapi saje je nak tulis2 kat sini... Thanks to husna n her cousin,imra n her lovely mum n little cutie sister,tet,alya n her bf yang memeriahkan lagi cuti time tu ari...hope bolehla kuar lagi cam aritu...sangat seronok...tengok wayang...(citer tolong,awek aku pontianak n ari b4 tu tgk cite harry potter with una n her cousin)..makan2...main game..:)

MAKAN2...


MAIN GAME...(IM SANGAT SUKE MAIN GAME)








Wednesday, August 10, 2011

I MISS THEM VERY2 MUCH...:(

RINDUUUUU....
MISS THEM...
warghhhh rase nak balik je....nak berbuke pose ngan family.(Ok,sabar Atiqah,sabar...lagi bape minggu je lagi..pasni nak makan or buke pose kat umah..makan n melantaklah sepuas-puasnye).....nak balik,pi kene pikir duit tiket pegi balik...membazir(akn membazir lbh 50 hinggit)....so,duduk je kat kuantan diam-diam n senyap-senyap...nak balik..pi pikir test yg banyak menjelme sejak kebelakangan ni...nak balik..tapi penat jauh sgt perjalanan nk pegi balik...6 jam lebih duduk dlm bas untuk sampai larkin...huuuhhh,so the conclusion xde balik2 before cuti 26 haribulan nanti...ya Allah kuatkan aku!!!rase nak balik peluk ma ayah je... :(

*terime kasih pade kawan2 yg sentiase wat saye happy* especially sume housemates saye yg awesome!! <3

mood now: happy + sedikit rumah sakit (home sick) heheee...